Isnin, 18 Januari 2010

POH Kong Holdings Bhd, gedung rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, merancang membuka tiga lagi cawangan baru tahun ini membabitkan pelab

Berita Harian
Ahmad Fiesal Othman

POH Kong Holdings Bhd, gedung rantaian runcit barang kemas terbesar di Malaysia, merancang membuka tiga lagi cawangan baru tahun ini membabitkan pelaburan RM10 juta.

Pengerusi Eksekutif yang juga Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Choon Yee Siong, berkata pembukaan cawangan baru itu adalah sebahagian strategi syarikat untuk meningkatkan jualan dalam suasana ekonomi yang lembap dan penuh mencabar sekarang.

Katanya, berdasarkan pengalaman, pembukaan cawangan baru serta pertumbuhan cawangan sedia ada mampu menyumbang hasil yang lebih tinggi kepada syarikat.

Beliau berkata, pembukaan setiap cawangan baru dijangka membabitkan kos antara RM2 juta hingga RM3 juta, bergantung kepada lokasi.

“Cawangan pertama yang akan dibuka tahun ini adalah di Kuantan, Pahang yang dijadual dibuka Februari ini, manakala dua lagi belum dipastikan lokasinya,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di Petaling Jaya, Selangor semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan